Rabu, 9 September 2009

Majlis Tahlil & Doa Selamat 2009






Pada 20 Aug 2009 OBBD telah mengadakan Majlis Tahlil & Doa selamat yang kebiasannya diadakan setiap tahun sebelum memasuki bulan Ramadan. Majlis ini juga berhasrat untuk menghargai jasa-jasa bekas kakitangan OBBD yang bersara & berpindah ke jabatan lain dengan penyampaian cendra hati dari kakitangan OBBD. Penyampaian cendra hati disampaikan oleh Pegawai Opersi Major Mohammad (B) Dollah kepada Hj Muslim, Hj Bahrun, Awg Ismail, Mohd Fadilah dan Dk Siti Haryatul.

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian hadih bagi Store dan bilik Jurulatih terbaik 2009. Penyampain hadiah disampaikan oleh Pegawai Latihan sendiri. Diucapkan tahniah kepada pemenang bagi store terbaik: 1) Hj Ruslan, 2)Awg. Mahmud dan ke 3) Awg. Jurkarnain. Dan bagi bilik terbaik disandang oleh bilik Awg. MoHd Rafi & Awg. Jaini@khalid J walid.

Acara pada hari tu, di ungkayahkan oleh Bhg. Perubatan OBBD, yg di ketuai oleh Pegawai Jururawat Awg. Hj Abahat dan MC majlis tersebut ialah awg. Hj Rashid.
Tahlil dan doa selamat di ketuai oleh Imam masjid.

Di atas kejayaan majlis kali ini, setinggi-tinggi penghargan dan ucapkan ribuan terima kasih kepada bhg. Perubatan OBBD atas usaha untuk menjayakan majlis Tahlil & Doa selamat 2009.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga di sampaikan untuk Tuan Imam, yang berkesudian hadir dalam sama-sama menjayakan majlis tersebut.

Kepada bekas kakitangan OBBD yang diraikan pada majlis tersebut, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapak ribuan terima kasih atas segala jasa baik dan batuan serta kerjasama biskita selama biskita bersama OBBD. The memory working with you all, will always be in my mind. And thank you for being there for me, when I need support. Hanya allah saja dapat membalasnya. Terima kasih dan pohon maaf jika sekiranya terdapat perkara-perkara yang menyakiti bisikit. Semoga allah sentiasa merahmati biskita semua amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan